Modulus pukal (atau
ketaktermampatan) K bagi
bendalir atau
pepejal ialah
songsang bagi
kebolehmampatan:iaitu P adalah tekanan dan V adalah isipadu.Maka modulus pukal sebenarnya mengukur gerak balas terhadap tekanan yang disebabkan oleh perubahan isipadu bandingan, dan pada dasarnya mengukur rintangan bahan terhadap mampatan seragam. Modulus-modulus lain yang menerangkan tentang gerak balas bahan (
keterikan) terhadap bermacam jenis
tegasan termasuklah:
modulus ricih yang menerangkan tentang gerak balas terhadap ricih, dan
modulus Young yang menerangkan tentang gerak balas terhadap keterikan linear. Bagi bendalir, hanya modulus pukal mempunyai makna khusus. Bagi suatu pepejal
tak isotropi seperti
kayu dan
kertas, ketiga-tiga modulus ini tidak mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menerangkan sifatnya, maka
hukum Hooke am yang menyeluruh haruslah digunakan.Secara tegasnya, modulus pukal adalah kuantiti
termodinamik, dan adalah penting untuk menetapkan perubahan suhu sekiranya modulus pukal ingin ditentukan:
suhu malar ( K T {\displaystyle K_{T}} ),
entalpi malar (
adiabatik K S {\displaystyle K_{S}} ), dan perubahan-perubahan lain yang berkemungkinan. Pada praktiknya, perbezaan-perbezaan ini biasanya hanya berkaitan dengan gas-gas.Songsangan modulus pukal adalah kebolehmampatan bahan.Untuk gas, modulus pukal adiabatik K S {\displaystyle K_{S}} diberikan penghampiran sebagaiiaituModulus pukal adiabatik menentukan
kelajuan bunyi (bagi gelombang tekanan) dalam bahan. Pepejal boleh mengekalkan
gelombang melintang; maka untuk kes ini
modulus ricih adalah faktor penentu utama.